Thursday, October 14, 2010

Zikir Asmaul Husna: Ya Wahhab-Dipetik dari Blog AntalHaqq

الوَهَّابُ – ياَ وَهَّابُ

Maknanya:

1) Maha Pemberi.
2) Yang memberikan tanpa tuntutan atau permintaan.
3) Asal kata Wahaba (وهب) bermaksud suatu pemberian yang bersih tanpa mengharapkan imbalan.

Agungnya Allah memberi kepada hamba tanpa meminta bahkan lebih lagi diberi kepada hambaNya yang meminta. Manusia memberi sesuatu mengharapkan imbalas, balasan dalam bentuk apa jua, paling kurang dihargai pemberiaanya itu. Tapi agungnya Allah memberi tidak meminta balasan. Hendaknya kita mencontohi sifat al-Wahhāb yakni bersifat dermawan kepada hamba-hamba Allah. Paling tidak menghulurkan derma untuk masjid. Setiap Jumaat akan ada tabung derma di pusingkan kepada seluruh jemaah. Berapa kerat yang bersedekah sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah? Setiap satu sen kita hulur akan diguna pihak masjid untuk membayar bil elektrik bagi menerangi masjid. Tidak terfikirkah kita dengan menerangi masjid maka kita juga telah menerangi jalan ke syurga? Maha Suci Allah.

Dalam al-Quran disebut:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ۝ سورة آل عمران: 8

Ertinya: (Mereka berdoa dengan berkata), “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.”

“Our Lord!” (they say), "let not our hearts deviate now after Thou hast guided us, but grant us mercy from Thee: for Thou art the Grantor of bounties without measure.

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي ِلأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ۝ سورة ص: 35

Ertinya: Katanya, “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”

He said “O my Lord! Forgive me, and grant me a Kingdom which (it may be), suits not another after me: for Thou art the Grantor of Bounties (without measure).”

Tersebut suatu kisah dari Syibli bertanya kepada rakannya, Abu Ali al-Thiqafi. Soalnya, “Manakah nama-nama Allah SWT yang sering kamu ucapkan?”. Jawab al-Thiqafi, “Al-Wahhāb”. Kemudian Syibli kata, “Patutlah harta kamu melimpah ruah”. Disini bermakna orang yang senantiasa mewiridkan asma’ini akan dimudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Khasiatnya:

1. Barangsiapa berzikir Yā Wahhāb (يا وهاب) 300X atau lebih setiap lepas solat fardhu, Insya Allah hasil baginya kekayaan, kebesaran, qabul dan haibah.

2. Zikir pada sujud akhir solat sunat Dhuha sebanyak 40X, dimudahkan baginya kekayaan, murah rezeki dan qabul kepada Allah.

إِلَهَناَ هَبْ لَناَ عَافِيَةً فِي أَبْدَانِناَ، وَسِعَةً فِي أَرْزَاقِناَ، وَبَرَكَةً فِي أَعْمَارِنَا، وَهَبْ لَناَ لَذَّةَ الْمَعْرِفَةِ وَالشُّهُوْدِ ِلأَرْوَاحِنَا حَتَّى نَبْذُلَ النَّفْسَ وَالنَّفِيْسَ بِلاَ عِوَضٍ وَلاَ غَرَضٍ إِلاَّ وَجْهُكَ الْكَرِيْمُ، يَا وَهَّابُ يَا رَحِيْمُ، رَبَّناَ هَبْ لَناَ مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّياَّتِناَ قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesihatan pada badan kami, keluasan rezeki kami, berkah pada hidup kami, kelazatan makrifah, penyaksian dengan mata hati kami, sehingga kami mampu mengorbankan jiwa dan menyumbangkan semua yang bernilai tanpa mengharap imbalan dan mengarah kepada satu tujuan kecuali demi wajah-Mu Yang Maha Mulia, wahai Yang Maha Pemberi lagi Maha Penyayang. Ya Allah kurniakan kami pasangan pasangan dan zuriat penyejuk mata kami dan jadikanlah kami teladan bagi orang yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya.

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates