وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى
فصل في حفظ اللسان
قال عليه الصلاة والسلام:
لا تُعَيِّرْ أحدا بما فيه، فما من لحم إلا وفيه عظم، ولا كفارة للغيبة حتى يستحله أو يستغفر له.
Janganlah engkau mengejek atau mengata seseorang dengan apa yang ada padanya. Tidak ada daging melainkan bersamanya tulang. Tidak ada kafarah bagi orang mengumpat melainkan kena menuntut halal orang diumpatnya atau memohon ampun baginya.
يا علي! ما خلق الله في الإنسان أفضل من اللسان، به يدخل الجنة ويدخل النار، فاسجنه فإنه كلب عقور.
Wahai Ali! Allah tidak menjadikan pada diri insan itu yang lebih utama daripada lidah. Dengan sebabnya ia dapat masuk syurga dan dengan sebab lidah juga ia masuk ke neraka. Maka jagalah lidah kerana sesungguhnya lidah itu laksana anjing gila.
يا علي! لا تَلْعَنْ مسلما ولا دابة فترجع اللعنة عليك.
Wahai Ali! Janganlah kau kutuk orang Islam, jangan kutuk binatang, maka nanti kutukan kau tadi berbalik kepada engkau kembali.
فصل في الحياء
يا علي! الدين كله في الحياء، وهو أن تحفظ الرأس وما حوى والبطن وما وعى.
Wahai Ali! Agama itu semuanya didalam malu, iaitu engkau pelihara kepala dan yang dikandungnya dan pelihara perut dan yang ia himpun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment