Sunday, October 9, 2011

SEDARILAH ALLAH

Saudara ada masalah hingga pening kepala ye?
Mari kita lihat masalah masa lalu kita yang telah selesai. Ketika mengalami masalah itu, kita pening memikirkannya. Tapi hari ini masalah itu selesai dan kita tidak sangkakan jalan penyelesaiannya.
Saudara, ia sama sahaja dengan masalah saudara sekarang ini. Hari depan saudara pasti tidak menyangka jalan penyelesaiannya. Pening itu kerana memikirkan sesuatu di luar keupayaan fikiran kita.

Bukankan lebih baiknya kita berdoa pada Allah.. “ya Allah aku mohon agar Engkau tunjukkan aku jalan penyelesaian serta kekuatan untuk mengharungi masalah ini.”
Dan yakinlah pada Allah kerana Allah adalah Tuhan yang menjadikan masalah itu pasti Allah jualah yang menyelesaikan. Tidak ada sesiapa melainkan Dia.
Hidup sentiasa bahagia seandainya sentiasa sedar Allah SWT setiap saat.
Ketika Allah menyelesaikan masalah kita, Allah menggerakkan seluruh alam yang berkaitan dengan penyelesaian masalah kita ini sehingga semua yang terlibat berasakan semuanya kebetulan sedangkan sebenarnya bukanlah satu kebetulan tetapi sebuah perancangan yang Maha Hebat.

Lalu apakah kita mampu fikirkan sekarang ini tentang rancangan Allah ini? Pecahlah kepala kita dalam memikirkan mengapa masalah itu terjadi, kita tidak mampu menjangkau perancangan Allah.

Lalu yang terbaik adalah kita dekat dengan Allah dengan memahami kehendakNya lalu jiwa mampu redha iaitu mengikut segala kehendakNya dengan jiwa yang beriman.
Caranya… sedarilah sentiasa dalam kesedaran tertinggi iaitu sedar Allah SWT dalam setiap apa yang kita lakukan.

Mata kita realitinya melihat apa yang fana… tetapi jiwa ‘melihat’ Allah SWT Yang Maha Meliputi setiap sesuatu.

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates