Monday, February 21, 2011

Al-Quran - Kalam Allah Yang Agung

Al-Quran ialah nama salah sebuah dari kitab samawi yang telah Allah swt turunkan kepada ummat manusia bagi menyelamatkan mereka dari terjerumus ke lembah kesesatan. Sehubungan dengan itu Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

“ Dan sesungguhnya jalanKu ini adalah jalan yang lurus, hendaklah kamu mengikutinya.Jangan sesekali kamu ikut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan yang lain itu akan memecahbelahkan kamu dari jalan-Nya....” (Al-An ‘am: 153)

Ia merupakan sebuah kitab yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang berusaha mendekatinya dengan tujuan yang murni.Ia akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang mempelajarinya untuk diamalkan bukan mengkajinya sekadar untuk mendapat satu maklumat.Firman-Nya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh” (Al-Isra: 9)

Sebelum al-Quran, terdapat beberapa kitab samawi lain yang telah Allah turunkan kepada penduduk dunia ini. Allah menurunkan kitab-kitab itu kepada mereka bersama-sama dengan pengutusan para rasul.Allah swt tidak menurunkan kitab-kitab itu tadi secara longgokan seperti jualan murah tanpa rasul untuk memberi penerangan terhadap isi kandungan kitab itu tadi. Ini menunjukkan bahawa kitab-kitab tadi tidak mungkin difahami tanpa adanya rasul yang memberikan ulasan dan penerangan terhadapnya.Dari itu amat wajar kalau dihukum sebagai kufur kepada sesiapa yang berusaha memisahkan antara keduanya.Dengan pengertian yang lain sesiapa yang memisahkan al-Quran dari al-Hadith adalah kufur.

Dipetik dari: http://reocities.com/Paris/villa/5273/alquran.html

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates