Thursday, January 6, 2011

Fikiran Hanya Untuk Allah SWT

Ramai yang bertanya saya bagaimana untuk fokuskan fikiran kepada Allah SWT disamping sedar akan Allah SWT ketika solat.

Sebenarnya jawapannya telah saya ulas panjang di laman web fuadlatip.com dan juga dalam facebook ini. Jawapannya ialah….KOMUNIKASI.

Jika kita sedari semua bacaan-bacaan dalam solat adalah skrip komunikasi dengan Allah SWT. Semua bacaan di dalam solat adalah berbentuk memuji Allah dan memohon kepada Allah SWT. Kecuali bacaan dalam Surah yang dipilih sendiri oleh kita kerana kekadang ada surah berbentuk sebuah penceritaan dan pengajaran untuk kita.

Namun bacaan dalam solat adalah skrip komunikasi. Lalu gunakanlah skrip ini untuk berkomunikasi dengan Allah SWT ketika solat.

Seandainya skrip berbunyi: Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang maka berkomunikasilah dengan kefahaman bahawa ketika kita sedang membaca Bismmilahhirrahmanirrahim… kita memahami komunikasi kita dengan Allah “Ya Allah Dengan NamaMu ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ya Allah”

Ketika kita memuji Allah: “Ya Allah, Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan sekelian alam ya Allah. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah penguasa di hari pembalasan ya Allah.”

Ketika kita memohon: “Ya Allah, kepadaMu lah kami sembah dan kepadaMu lah kami minta pertolongan ya Allah. Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Iaitu jalan-jalan orang yang terdahulu daripada kami yang mana Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, jalan yang bukan Engkau murkai ya Allah dan juga bukan jalan yang sesat ya Allah. ya Allah perkenankanlah doa kami ya Allah”.

Ketika kita bersaksi: “ya Allah, Aku bersaksi ya Allah… bahawa Tiada tuhan lain melainkan Engkau ya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhMu ya Allah”

Ketika kita berserah: “Ya Allah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukmu ya Allah”

Lakukan untuk semua bacaan dalam solat kita. Kita TIDAK merubah bacaan tetapi KEFAHAMAN kita itu adalah kefahaman berbentuk komunikasi dengan Allah SWT.

Kefahaman ini SELARI ketika mulut kita membaca bacaan dalam solat.

Seperti kita menuturkan THANK YOU kepada teman kita, kita terus FAHAM dan ada rasa terima kasih kepada teman kita tanpa perlu menterjemahkan makna thank you di dalam bahasa melayu.

Dan kefahaman itu tidak perlu kata-kata kerana ia bukan bahasa atau tulisan.

Semua bacaan dalam solat merupakan pujian, permohonan, penyaksian, penyerahan dan semuanya itu adalah sebuah KOMUNIKASI dengan Allah SWT. IA HARUS DIBACA DENGAN LIDAH DAN JIWA.

Lidah membaca tulisan dan bahasa yang dihafal TETAPI jiwa membaca sebuah kefahaman apa yang dituturkan.

Lakukan…. saudara akan benar-benar terasa bahagia ketika solat.

KETIKA DIRI BERKOMUNIKASI PASTI DIRI INI AKAN ASYIK DENGAN ALLAH SWT.

[note] Jika KOMUNIKASI dengan Allah SWT apa sahaja dilakukan dalam seluruh kehidupan ini, maka pasti kita sentiasa berada dalam IHSAN… sedar..khusyuk…asyik akan Allah SWT.


http://www.fuadlatip.com/v1/2011/01/fikiran-hanya-untuk-allah-swt/

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates