Sunday, April 24, 2011

Hormat Allah

Selagi tiada rasa hormat kepada Tuhanmu semasa rukukmu, teruskanlah rukukmu SEHINGGA apa yang kamu bicarakan semasa rukukmu adalah pujian yang benar datang dari hatimu untuk Tuhanmu.
Selagi tiada rasa kehambaanmu di dalam sujudmu, teruskanlah sujudmu kepadaNya SEHINGGA kamu berasa kehambaanmu dan ketuhananNya.
Selagi masih terasa dirimu memiliki pujian walaupun sedikit, teruskan iktidalmu SEHINGGA kamu berasa kamu TIDAK memiliki apa-apa pun pujian dan kehebatan.
Kamu pasti tidak akan jemu bertemu Tuhanmu dan kamu sentiasa ingin kembali kepadaNya.

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates