Tuesday, December 21, 2010

Dilema Perkahwinan Sebab Tanggungjawab

Salam....salam ukhuwah dari saya untuk kalian semua...saya berharap ada yg mahir tlg selesaikan masalah saya ni takpun pendapat2 kalian semua boleh saya pertimbangankan.

Pertama sekali inngin saya perkenalkan diri saya. Nama saya Lyla..Saya anak sulung dari 8 beradik. Saya merupakan anak perempuan dan sulung dalam keluarga. Umur saya 22 tahun. Saya lepasan ijazah. (sekadar pembukaan supaya kalian mengenali saya)

Saya dah bertunang dan saya ingin segerakan majlis perkhawinan saya. Bukan sya tergopoh-gapah, tetapi saya dapati diri saya dan pasangan sudah berada dalam hukum wajib bernikah.Kedua-dua sudah berkerja. Saya berkerja dgn pendapatan RM800 sebulan dan tunang saya pun RM800. Bagi sekarang, memadai bagi kami kerana hidup di negeri kelantan yg taraf hidupnya rendah. Tetapi rezeki di masa akan datang kita belum tahu dan setahu saya kalau dah berkhawin rezeki akn bertambah. Saya juga memahami selok belok alam rumah tangga...tak ada la sampai tahu semua,setakat 2 hari kursus perkhawinan belum mencukupi lagi. Saya ada menambah pembacaan saya mengenai alam rumahtangga kerana saya benar-benar ingin bersama dengan si dia secepat mungkin. Saya mahu kongsi semuanya bersama si dia.

Masalahnya sekarang, begini dilema yg saya hadapi
1) Mak dan ayah tak izinkan saya khawin awl. Mereka mengatakan jika saya khawin awal, saya tak akan tanggung mereka berdua dan tanggung 7 adik saya. Mereka berdua macam mengharapkan saya semua untuk bantu keluarga. Padahal ayah saya masih boleh berkerja. Saya faham kudrat ayah pun tak sekuat mana dengan umur 48.Memandangkan saya lepasan ijazah dan anak sulung yg merupakan harapan keluarga, mereka meletakkan pundak tanggungjawab di bahu saya. Mereka beralasan jika saya khawin, saya takkan dapat bantu mereka. Masya ALLAH...saya masih waras dan masih boleh berfikir, saya tak mahu menjdi anak derhaka andaikata saya berkhawin, sy tak bantu keluarga. Tapi, saya dah cakap kt mereka berdua yang saya tetap akan bg duit bulan2 untuk meringankan beban mereka. Saya tahu walaupun segunung duit saya bagi pada mereka tidak dapat membalas jasa mereka berdua hingga ke akhir hayat saya.

Tetapi...mereka tetap tidak mengizinkan saya untuk berkhawin dgn syarat saya dapat kerja kerajaan dan buat pinjaman baiki rumah dan wat majlis khawin. kerana mereka inginkan majlis perkhawinan yg besar2. Pernah saya cadangkan saya taknak adakan yg besar2 bermegah2 macam artis. Cukup sekadar orang kmpung yg tahu. Tapi mak, dia pernah cakap pada saya..kalau wat majlis kecil2, mak akn lari. Astaghfirullah...saya buntu. Semua nk pakai duit saya, jadi bolehkah mereka memahami situasi saya? Saya cuba untuk terangkan tetapi mereka tetap dengan keputusan mereka. Sebagai seorang anak, apa daya saya untuk melawan cakap kedua org tua saya. Lagipun majlis tunang pun, saya guna duit saya 90%...Alhamdulillah mungkin keberkatan hari raya haji, majlis berlangsung dgn sempurna. Tetapi nikah mereka tetap nak saya dpt kerja dan wat majlis besar2...MasyaALLAH...sampai begitu sekali...sya hanya berdiam diri kerana takut akan tertinggi suara di depan mereka, tetapi hati saya meronta-ronta tidak puas hati.

Lagi satu alasan mereka....andai saya berkhawin, saya mengandung dan pada waktu itu, ada majikan memanggil interview...mak dengan mati2 mengatakan majikan itu tdk akan ambil org yg mengandung. Astaghfirullah...rezeki bkn di tangan kita. Tetapi mak masih macam tu. Berfikiran mcm tu.

Sampai begitu sekalikah tanggungjawab saya...padahal saya ank perempuan, adik-adik lelaki masih ada.Sampai hal baiki rumah pun diletakkan di atas bahu saya.

Kalau lah sebegini...entah bila sy nikah. Bukan apa, saya taknak tunang lama2..bnyak dgaan dan pancarobanya dlm tempoh pertunangan ini. Bkn sy tdk berusaha utk mencari duit. Pernah siang malam sy cri kumpul duit semata-mata untuk memuaskan hati kedua ibu bapa saya...last2 dengan kudrat perempuan, saya jatuh tak boleh teruskan siang dan malam dan skkrg hnya di waktu siang sahaja waktu sy bekerja.

Tetapi saya dah di tahap WAJIB nikah. Macam mana penyelesaiannya sesiapa yg arif?

Copyright http://komuniti.iluvislam.com/index.php?%2Ftopic%2F25899-dilema-perkhawinan-sebab-tanggungjawab%2F

0 comments:

Post a Comment

 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates