Sunday, August 26, 2012

Kaedah Rawatan Dengan Air

0comments
Air, Air Sejuk dan Ais Air adalah makhluk Allah SWT dan ianya sangat patuh kepada manusia yang taat kepada Penciptanya. Ai merupakan medium rawatan yang amat berkesan. Molekul air sejuk adalah lebih stabil daripada molekul air suam atau panas dan oleh yang demikian air sejuk dapat menerima dan merakam isyarat gelombang niat dengan lebih cekap. Air bersifat menyucikan dan meneutralkan gelombang dan memori yang tidak baik. Air yang terbaik adalah daripada sumber gunung, mata air, sungai yang mengalir deras dan embun. Air hujan malam Jumaat dan air daripada kolam masjid juga baik untuk digunakan dalam rawatan. Air sejuk mengandungi unsur membekukan, menguatkan tubuh dan membersihkan kotoran, dan sifat ini tidak terdapat dalam air panas. Kotoran terbahagi kepada dua iaitu daki dan kesat (melemahkan) , dan kesan dua pengaruh itu diatasi dengan zat yang dapat membersihkan, menguatkan dan mengebalkan jantung menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya. Mengambil wudhu’ dengan air yang panas adalah makruh dan hukum ini nyata memberi petunjuk yang jelas mengenai pengaruh suhu air terhadap tubuh. Minum Air Sejuk Air yang sejuk adalah lebih baik untuk diminum dan bukannya air suam seperti yang dipercayai dan diamalkan oleh ramai orang. Yang ditegah ialah air yang terlampau sejuk seperti ais. Di dalam perubatan Nabi, air panas dan suam hampir tidak digunakan di dalam rawatan baik di dalam mahupun di luar tubuh. Air yang terbaik untuk dijadikan khasiat untuk tubuh ialah air sejuk yang dicampurkan dengan manisan seperti kurma, kismis dan terutama sekali madu. Ini adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW . Air suam tidak menghasilkan keadaan sebegini malah ia mengembangkan dan menghasilkan keadaan yang berlawanan. Di dalam buku “Medicine of the Prophet” tulisan Ibn Qayyim Al-Jawziyya, seorang imam dan ulama besar yang banyak mengumpul data mengenai rawatan dan amalan Rasulullah SAW dari segi perubatan, beliau telah mengatakan “When a drink combines the two qualities of sweet and cold it is one of the most beneficial things for the body and one of the greatest means of the preservaton of health; the spirits, the faculties, the liver and the heart have a great longing for it, and are nourished by it. When it combines the two qualities, nourishment is acquired, and the penetration and distribution of the food to the organs is fully achieved.” Seperti yang diperintahkan kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod: 42, di mana Allah telah berfirman “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)” Air sejuk adalah lebih baik untuk mengeluarkan penyakit-penyakt dari dalam tubuh. Yang penting ialah cara meminum air yang sejuk itu, dan cara yang terbaik adalah mengikut amalan dan ajaran Rasulullah SAW. Pada yang tidak biasa, air sejuk akan menyebabkan sakit-sakit urat, batuk dan sebagainya. Ini berlaku kerana penyakit telah dipendamkan oleh air yang suam atau panas dan mengamalkan minum air sejuk akan membongkar semua penyakit-penyakit itu. Amalan minum air sejuk harus diteruskan sehingga semua simtom tindakbalas hilang dan jadikannya amalan harian. Berendam Air Sejuk Hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’: “Apabila salah seorang diantara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka – hendaklah ia memadamkan api itu dengan air sejuk dengan berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan: “Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.” Lalu berendam(menyelam) sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah. Walaupun di dalam hadith ini disebut demam, tetapi rawatan ini nyata amat berkesan untuk merawat rawatan penyakit panas yang lain seperti kanser, HIV, hepatitis, gout, stroke dan gangguan makhluk halus. Mandi Air Sejuk Dalam Sahih telah dipastikan bahawa Rasulullah SAW telah berdoa pada Tuhannya: “Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosaku dengan air salji dan ais”. Fakta penting dalam hadis ini ialah penyakit dirawat dengan yang berlawanan dengannya. Dosa-dosa adalah bersifat panas dan merupakan pembakaran. Ia membawa dua kesan iaitu: penodaan (pencemaran) dan kelemahan. Oleh itu rawatan mandi air sejuk bertujuan untuk melenyapkan api itu lalu menguatkan jantung yang sepatutnya bersifat sejuk. Air sejuk mempunyai sifat-sifat menguatkan tubuh yang tiada dalam air panas. Mandian air sejuk adalah satu kaedah sebagai asas perubatan jasmani dan rohani. Mandi air sejuk merangsang deria-deria, menguatkan roh, menambahkan kadar oksigen di dalam darah, mengekalkan cas-cas ion -ve pada kulit, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang dan merawat penyakit. Firman Allah SWT: Dan ingatlah peristiwa hamba Kami: Nabi Ayyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ’Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab siksa (penyakit)”. Maka Kami kabulkan permohonannya (Nabi Ayyub a.s.) serta Kami perintahkan kepadanya: “Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)” Dan kami kurniakan (lagi) kepadanya – keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang). Surah Sod (38:41-43) Dari firman Allah SWT di dalam ayat-ayat tersebut nyata air yang sejuk adalah penawar bukan sahaja untuk penyakit rohani dan jasmani tetapi juga dapat memperbaiki keadaan dan kedudukan manusia di dalam kehidupan hariannya. Mandi air sejuk akan menguatkan hati seseorang supaya ia dapat bersabar dan redha atas musibah-musibah yang menimpanya. Kekuatan roh, hati dan iman juga dapat menjauhkan diri daripada syaitan yang sentiasa mempengaruhi manusia supaya berputus asa, sedih, kesal dan berdendam. Menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan pemikiran dan sikap yang positif adalah lebih mudah dilakukan jika mandian harian adalah dengan air yang sejuk. Dari segi metafizik, mandi air sejuk akan menguatkan tenaga spirit dan daya magnetik tubuh. Juga akan membersihkan medan tenaga elektromagnetik dan meleraikan frekuensi-frekuensi yang membinasakan di sekeliling tubuh. Ketiga-tiga faktor ini akan menentukan gelombang-gelombang mana yang ditarik samada gelombang jarak dekat yang positif atau baik atau gelombang jarak jauh yang negatif dan memudharatkan dan merugikan. Air dan Rawatan Untuk Gangguan Spiritual Hadis riwayat Imam Malik juga dari Muhammad bin Abu Umamah bin Sahal, dari ayahnya. Disebutkan di situ: “Sesungguhnya penyakit ‘ain itu ada. Berwudhu’lah untuk menghadapinya. ” Manakala Abdurrazzaq meriwayatkan juga dari Ma’mar, dari Ibnu Tawus, dari ayahnya secara marfu’: “Penyakit ‘ain itu nyata. Yang ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu sesuatu itu adalah ‘ain. Apabila salah seorang di antara kamu dituntut untuk mandi, hendaklah ia mandi.” Keajaiban air bagi tubuh kita 1. Tetap Langsing Dengan Air Mencoba untuk menurunkan berat badan? Air meningkatkan metabolisme dan membantu Anda merasa kenyang. Ganti minuman sarat-kalori dengan air, dan minum segelas sebelum makan untuk membantu Anda merasa lebih kenyang. Minum lebih banyak air juga membantu meningkatkan amper metabolisme – terutama jika gelas Anda dingin. Tubuh Anda harus bekerja untuk menghangatkan air, dalam proses membakar beberapa tambahan kalori. 2.Air Mendorong Tenaga Anda Jika Anda merasa lelah dan kehabisan tenaga, minumlah air. Dehidrasi membuat Anda merasa lelah. Air membantu darah mentransportasi oksigen dan nutrisi penting lainnya ke sel. Jika Anda mendapatkan cukup air, jantung Anda juga tidak perlu bekerja keras untuk memompa darah ke seluruh tubuh Anda. 3.Menurunkan Stres Dengan Air 85% dari jaringan otak Anda adalah air. Jika Anda mengalami dehidrasi, baik tubuh dan pikiran Anda akan menjadi stres. Jika Anda merasa haus, Anda sudah mengalami sedikit dehidrasi. Untuk menjaga tingkat stres turun, cadangkanlah segelas air di meja Anda atau membawa botol minuman dan minum sedikit demi sedikit secara teratur. 4.Membentuk Nada Otot Dengan Air Air minum membantu mencegah kram dan melumasi otot sendi di dalam tubuh. Bila Anda terhidrasi dengan baik, Anda dapat berolahraga lebih lama dan lebih kuat tanpa “menghantam tembok .” 5.Memelihara Kulit Garis-garis halus dan kerutan lebih dalam ketika Anda mengalami dehidrasi. Air adalah krim kecantikan alami Anda. Minum air menghidrasi sel-sel kulit dan mengankat mereka kembali, membuat wajah Anda tampak lebih muda. Ia juga mengeluarkan kotoran dan meningkatkan sirkulasi dan aliran darah, membuat wajah Anda bersih, jernih, dan bercahaya. 6.Tetap Teratur Dengan Air Seiring dengan serat, air sangat penting bagi pencernaan yang baik. Air membantu melarutkan partikel limba dan meluluskan mereka dengan lancar melalui saluran pencernaan Anda. Jika Anda mengalami dehidrasi, tubuh Anda menyerap semua air, meninggalkan usus besar Anda kering dan membuatnya lebih sulit untuk meluluskan kotoran. 7.Air Mengurangi Batu Ginjal Tingkat penyakit batu ginjal yang menyakitkan meningkat kerana orang – termasuk anak-anak – tidak minum cukup air. Air mencairkan garam dan mineral dalam urin yang membentuk kristal padat yang dikenal sebagai batu ginjal. Batu ginjal tidak dapat terbentuk dalam cairan urin, maka itu kurangi risiko Anda dengan banyak air. Dipetik dari : http://aura-hikmah.blogspot.com/search?updated-max=2012-07-16T00:30:00-07:00&max-results=7

Wednesday, August 22, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Tak Makbul Sebenarnya

0comments
Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya. Cerita yang saya dengar itu begini: Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul. Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. “Aku buat beginilah yang jadi begini.” “Doa aku makbul seh!” “Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.” Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. Semoga Allah redha dengan kita. MARI MENJADI HAMBA! Dipetik dari : http://myibrah.com/bukan-doa-kamu-yang-tak-makbul-sebenarnya

Sunday, July 29, 2012

Kisah Zinnirah, Wanita Buta yang Celik Hatinya...

0comments
Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah. Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya. Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya. Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh. Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya. Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya. Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini. Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat. Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya. Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir. Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?". Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah.... Petikan Diambil Dari http://www.facebook.com/notes/hazirah-radzak/kisah-zinnirah-wanita-buta-yang-celik-hatinya/317157694965102

Sunday, May 27, 2012

Berdoalah Sentiasa

0comments
Bila ingin memulakan sesuatu yang baik kita akan berdoa... "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Aku mohon petunjuk dan redhaMu dengan apa yang bakal aku lakukan. Semoga dilindungi olehMu dari awal hingga akhir. Aku berharap ianya menjadi satu ibadah yang bakal dihitung olehMu di hari akhirat nanti". Dengan doa itu kita melakukan suatu kebajikan dengan niat kerana Allah SWT. Kemudian apabila kita merasa masih kuat untuk melakukannya kita akan pula berdoa, "Ya Allah... aku berharap padaMu agar engkau memberi kekuatan kepada ku ini berpanjangan dan dapat aku meneruskan usaha aku ini dengan baik hingga sempurna... Engkaulah Yang Maha Kuat ya Allah..." Jika kita merasa semakin lemah kita segera berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah... berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan usahaku ini. Aku berlindung denganMu dari segala sifat lemah... Ya Allah... aku ini insan biasa dan tidak dapat lari dari sifat lemah... oleh itu... aku sangat mengharapkan pertolongan Engkau ya Allah untuk memberikanku sedikit kekuatan..." Inilah rintihan kita pada Allah. Begitu juga bila kita dilanda rasa lalai, resah dan tidak dapat fokus pada usaha kita, dengan segera kita akan memohon kepada Allah untuk mengembalikan tumpuan dan fokus kita pada usaha kita itu selain memohon keampunan dariNya dari kelalaian kita. Kemudian jika kita berjaya menyelesaikan usaha itu kita akan juga berdoa kepada Allah semoga usaha itu menjadi manfaat kepada semua manusia dan semoga Allah memberikan kejayaan yang lebih besar dari kejayaan itu di masa akan datang. Jika kita gagal menyudahkan usaha itu pula kita akan berdoa pada Allah, "Ya Allah... aku gagal dalam usahaku... berilah aku kekuatan untuk menghadapi kegagalan ini. Janganlah Engkau jadikan kegagalan ini sebagai pematah semangatku untuk aku lebih berusaha di masa hadapan. Ya Allah... aku sangat yakin ada hikmah di sebalik kegagalan ini. Ya Allah... walaupun usahaku ini gagal tetapi aku mengharapkan keredhaan Engkau sepanjang usahaku ini kerana aku juga yakin suatu amalan tidak hanya dikira pada natijahnya atau hasilnya akan tetapi pada usahanya juga." Ketika kita merasa tersesat dan tersalah langkah dalam usaha kita, selain dari kita sedaya upaya kembali kepada misi dan visi serta niat yang asal kita juga hendaklah segera berdoa pada Allah "Ya Allah... aku mengharapkan petunjuk dariMu ya Allah..." atau " Ya Allah... tunjukkanlah yang benar itu benar supaya dapat aku mengikutinya dan tunjukkan aku yang bathil itu bathil supaya dapat aku menghindarinya..." Manakala ketika kita diganggu oleh syaitan dan manusia, kita diajar untuk memohon perlindungan dari Allah dari semua itu. Allah Maha Kuasa. Mohon sahaja padaNya dengan syarat jangan hanya berdoa tetapi berusaha kerana Allah tidak akan memberi jika kita tidak mencari seperti burung yang senantiasa terbang di waktu pagi keluar mencari makanan. Doa adalah motivasi terbesar dalam hidup muslim-mukmin. Orang yang senantiasa berdoa akan merasai kekuatan yang Allah berikan padanya dan dia tidak akan rasa baawa kekuatan itu berpunca dari dirinya sendiri. Seseorang yang berdoa, dia akan mendapat rangsangan dari doanya itu kerana ketika berdoa dia menyebutnya misinya atau sesuatu yang bakal dilakukan itu di depan Tuhannya Yang Maha Agung dan pastinya doanya itu akan didengari oleh Allah, kerana Allah berfirman: {وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ} "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya padamu mengenai aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa padaKu" Marilah kita berdoa pada Allah SWT pada setiap masa, ketika senang ataupun sudah, ketika berjaya atau gagal dan ketika sibuk atau lapang. Mintalah apa sahaja dari Allah SWT walaupun sekecil-kecil benda seperti pesan Nabi SAW; "Mintalah pada Allah walaupun sebuku garam." Doa bukan sahaja sebagai motivasi atau pencetus kepada usaha kebajikan tetapi juga sebagai senjata untuk orang Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW; الـدعـاء ســلاح الـمـــؤمـــن Betapa kuatnya orang Islam dari segi mental dan fizikal serta spritualnya jika benar-benar sentiasa mengamalkan doa. Wallahu a'lam... (Ya Allah... semoga tulisan ini menjadi manfaat kepada semua dan ada ganjaran di sisiMu... Amin) Dipetik dari : http://wanhisyam.blogspot.com/2012/03/berdoalah-sentiasa.html

Sebuah Hadis Yang Memotivasikan

0comments
Sebuah hadis menyebutkan bahwa ada seseorang yang berjalan melalui tempat Rasulullah. Orang tersebut sedang bekerja dengan giat dan semangat yang tinggi. Para sahabat kemudian bertanya, "Wahai Rasulullah, andaikata bekerja semacam orang itu dapat digolongkan jihad fi sabilillah, maka alangkah baiknya." Mendengar itu Rasul pun menjawab, "Kalau ia bekerja untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil, itu adalah fi sabilillah; Kalau ia bekerja untuk menyara kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, itu adalah fi sabilillah; Kalau ia bekerja untuk kepentingan (kehormatan) dirinya sendiri agar tidak meminta-minta, itu juga fi sabilillah." (H.R. Al-Thabrani). Hadis ini memberikan motivasi yang sangat tinggi kepada para pekerja muslim kerana Islam menyamakan kedudukan pekerja dengan jihad fi sabilillah, suatu pekerjaan yang sangat mulia dalam Islam. Jihad fi sabilillah merupakan perang suci dalam Islam bagi menentang kekufuran dan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Peristiwa perang banyak terjadi di zaman Rasulullah S.A.W. ketika baginda dan para sahabatnya berusaha menyebarkan dakwah Islam serta untuk mempertahankan kesuciannya.Seterusnya pada zaman Khulafa' Al-Rasyidin juga banyak terjadi peperangan fi sabilillah dan berlanjutan kepada zaman tabi'in. Jika peperangan itu dianggap suci kerana bertujuan untuk menegakkan syariat Islam, menegakkan kalimah La ilaha illa 'llah, menghapuskan kakafiran, membuang ketidakadilan, menyebarkan perdamaian dan kesejahteraan dengan berpayung pada agama suci iaitu Islam, maka bekerja juga dianggap jihad kerana bekerja mempunyai unsur-unsur seperti jihad. Ini kerana, seseorang yang bekerja sebenarnya ia berjuang untuk kesejahteraan orang yang ditanggungnya. Dia juga sedang menghilangkan kemungkaran dengan menghasilkan sumber yang halal kepada anak-anak dan ibu bapanya. Sesungguhnya kefakiran amat dekat dengan kekafiran, sabda Nabi S.A.W.: { كاد الفقران يكون كفرا } "Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kekufuran" Lantaran takut menjadi kafir dia berjuang untuk tidak menjadi fakir dan ini seolah-olah dia berjuang di jalan Allah (fi sabilillah). Bekerja juga boleh dipandang sebagai menjaga agama kerana pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh telah menjaga salah satu daripada maqasid syariah iaitu menjaga kehormatan diri. Selain itu, bekerja dengan bersungguh-sungguh sebenarnya akan menghasilkan keadaan ekonomi yang baik. Imej seseorang akan meningkat bila keadaan ekonominya meningkat. Keadaan sosialnya juga akan berubah, Malah jenayah juga akan dapat dikurangkan. Agama Islam akan dipandang tinggi bila ummatnya mempunyai kedudukan ekonomi, sosial yang baik. Sebaliknya Islam akan dipandang sepi bila ummatnya bermalasan serta tidak mempunyai aset yang banyak. Oleh sebab itu, bekerja itu satu jihad kerana bekerja boleh membangunkan keluarga, meningkatkan imej Islam, meningkat ekonomi dan semua itu adalah dakwah Islamiah secara tidak langsung dapat memberi gambaran baik kepada orang bukan Islam untuk mendalami Islam. Kesimpulannya, Islam sudah menandakan suatu kedudukan yang baik kepada pekerja muslim iaitu sebagai jihad. Maka, berusahalah dengan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat Agama. Dipetik dari : http://wanhisyam.blogspot.com/2011/05/sebuah-hadis-yang-memotivasikan.html

Pemimpin Yang Memohon Pimpinan

0comments
Seorang pemimpin hanyalah seorang manusia yang diangkat menjadi ketua di sesebuah institusi kecil ataupun besar. Kadang-kadang pemimpin tidak dilantik tetapi ia berlaku secara semulajadi. Tetapi banyak yang ada ialah pemimpin yang dilantik secara rasmi atau tidak rasmi. Sesebuah institusi keluarga pemimpinnya ialah suami atau bapa. Manakala di pejabat pula pemimpin dipanggil bos, pengurus, pengarah atau ketua pengarah. Di sesebuah kampung ketuanya disebut ketua kampung atau penghulu atau imam. Dalam pembikinan sesebuah filem tentunya dipimpin oleh pengarah filem. Para pemuzik simfoni pula dipimpin seseorang yang bernama conducter. Sehingga ke peringkat negeri, negara dan antarabangsa semuanya mempunyai pemimpin yang dipanggil dengan panggilan yang pelbagai iaitu menteri, ketua menteri, menteri besar, perdana menteri, gabenor, presiden, raja dan lain-lain lagi. Pemimpin biasanya dikaitkan dengan kebijaksanaan dan keupayaan dalam merancang, mengarah, menggerakkan dan menghasilkan keuntungan kepada institusi. Namun begitu, sebagai manusia pemimpin tidak boleh lari dari sifat-sifat kemanusiaan. Walau sepandai manapun seseorang pemimpin dia masih memerlukan pertolongan pihak lain dalam mengendalikan sesuatu institusi atau organisasi. Pemimpin yang baik akan memainkan peranan sebagai perubah manusia dan pembina budaya. Budaya kerja yang cemerlang dibantu oleh kepimpinan yang mantap akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Di sinilah akan wujud konsep saling bantu-membantu dan kerjasama sesebuah pasukan kerja. Biasanya pemimpin berperanan sebagai perancang dan pengarah. Ilmu dan pengalaman akan menjadi sesuatu yang diperlukan dalam melaksankan tugas sebagai ketua. Walaupun begitu, pemimpin yang biasanya memimpin manusia lain perlu pimpinan daripada Yang Maha Memimpin iaitu Allah S.W.T.. Untuk mendapatkan pimpinan Ilahi beberapa perkara perlu diambilkira; 1) Kitab pimpinan (al-Quran), perlu dihayati dan mengambil pelajaran terus dari Allah. Ini kerana, kitab ini adalah kitab yang paling meyakinkan dalam memandu arah kehidupan ini seperti firman Allah dalam kitab itu; " alif, lam, mim, itu adalah kita yang tiada keraguan sedikitpun yang menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa". Selain daripada kita al-Quran pemimpin juga perlu merujuk hadis iaitu contoh ikutan dari kata-kata, perbuatan atau tingkahlaku Nabi Muhammad S.A.W., sebagai mana perintah Allah, melalui firmanNya yang bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemerintah di kalangan kamu...". Nabi S.A.W. juga pernah bersabda; "aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang kepada keduanya iaitu; kitab Allah dan sunnahku". 2) Melakukan solat dengan baik kerana solat akan mendekat diri kita dengan petunjuk Allah. Solat tidak terhad kepada solat yang wajib sahaja malah solat sunat juga perlu didirikan. Firman Allah: "Mintalah pertolongan dengan mengerjakan solat dan bersabar". 3) Berdoa kepada Allah supaya diberikan pimpinan kerana Allah sahaja tempat mengadu segala persoalan yang timbul, firman Allah bermaksud, "mintalah kepadaKU nescaya akan Aku kabulkan". Syarat penting untuk mendapatkan pimpinan daripada Allah ialah seseorang mesti mendekatkan diri kepada Allah. Mendekatkan diri dalam erti kata mendekatkan diri dengan syariahNya, ilmuNya, Ibadah kepadaNya, tunduk dan patuh seadanya, menelusuri kitabNya dan menghayati kehidupan NabiNya. Sebaliknya jangan sesekali mendekati syaitan yang akan menyesatkan. Syaitan adalah unsur yang akan menyesatkan dengan mempengaruhi diri supaya melakukan maksiat dan mempengaruhi untuk mengikuti telunjuk nafsu semata-mata. Oleh sebab itu, seorang pemimpin perlu bijak membuat perancangan bukan sahaja merancang untuk memimpin organisasi, institusi malah memimpin diri serta membuat kawalan kepada diri supaya tidak tersesat di arus yang membinasakan. Percayalah bahawa, jika seseorang mendapat pimpinan dari pada Yang Maha Memimpin maka segala yang diusahakan tidak kira di peringkat organisasi kecil atau besar, peringkat kampung atau internasional akan beroleh kejayaan dan keberkatan daripada Allah Ta'ala. Wallahu a'lam... Dipetik dari : http://wanhisyam.blogspot.com/2011/04/pemimpin-yang-memohon-pimpinan.html

Thursday, April 12, 2012

Shalawat Paling Afdhal

0comments
Membaca shalawat untuk Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam adalah ibadah yang tidak bisa dipandang remeh. Ia adalah sebuah ibadah agung dan balasannya pun besar. Ia juga menjadi salah satu ciri kecintaan kepada Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam sekaligus menjadi faktor dominan untuk menggapai syafaat Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam di hari Kiamat kelak.

Perintah kepada umat Islam untuk membaca shalawat untuk Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam datang setelah Allâh Ta'ala memberitahukan bahwa Dia bershalawat bagi Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam sebagaimana tertuang dalam firman Allâh Ta'ala berikut ini:



Sesungguhnya Allâh dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman,
bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
(QS. al-Ahzâb/33:56)

Ayat di atas tidak menegaskan satu bentuk teks shalawat tertentu untuk dibaca bila seorang Muslim hendak membaca shalawat untuk Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam. Namun demikian, terdapat pelajaran yang sangat berharga dari sebuah riwayat dalam Shahih al-Bukhâri no.2497 yang disampaikan oleh Sahabat yang bernama Ka’b bin Ujrah radhiyallâhu'anhu. Sahabat mulia ini menceritakan bahwa para Sahabat pernah menanyakan kepada Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam tentang bagaimana bershalawat kepada beliau. Beliau menjawab: “Katakanlah:



Inilah kaifiyah bershalawat yang diajarkan Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam kepada para Sahabat radhiyallâhu'anhum sebagai jawaban atas pertanyaan mereka mengenai cara bershalawat untuk beliau. Maka pantas bila disebut sebagai lafazh paling afdhal dalam bershalawat.

Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullâh mengatakan: “Apa yang diajarkan Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam kepada para Sahabat radhiyallâhu'anhum tentang kaifiyah ini (dalam membaca shalawat) setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahwa itu adalah teks shalawat yang paling utama karena beliau Shallallâhu 'Alaihi Wasallam tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” (Fathul Bâri 11/66)

Untuk itu, akan lebih baik bila lafazh shalawat ini yang diamalkan dalam membaca shalawat untuk Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam, bukan lafazh-lafazh shalawat susunan manusia, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks shalawat sendiri. Shalawat-shalawat buatan manusia terkadang tidak bersih dari kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, maupun –dan ini yang paling parah- kesalahan dalam akidah. Tentu sangat kontradiktif, saat seseorang membaca suatu teks shalawat yang bukan dari Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam dan berharap pahala dari Allâh Ta'ala dan syafaat Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam di akherat, namun ia melakukannya dengan membaca sesuatu yang mengandung kesyirikan ataupun sanjungan yang sangat dibenci oleh beliau Shallallâhu 'Alaihi Wasallam. Bukan pahala dan syafaat yang ia peroleh, sebaliknya kemurkaan yang akan menghampirinya.

Anehnya, sebagian masyarakat lebih condong mengamalkan shalawat-shalawat susunan selain yang disampaikan oleh Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam dan meyakini akan keutamaan dan khasiatnya, memperlakukannya seperti membaca teks dari wahyu dengan menjadikannya sebagai wirid rutin dan mengajak orang untuk mengamalkannya. Sehingga, apa yang disebut bid’ah (membuat perkara baru dalam agama) telah terjadi. Jelas ini sebuah kesalahan di atas kesalahan yang tidak boleh dibiarkan. Harus ada langkah nyata untuk mencerahkan umat dengan menyampaikan kepada mereka hal-hal yang benar-benar bersumber dari Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam dan menegaskan bahwa beliau Shallallâhu 'Alaihi Wasallam tidak menyukai perkara-perkara baru dalam agama.

Maka, menyebarkan ilmu syar’i yang berlandaskan al-Qur`ân dan Sunnah dengan pemahaman yang benar, yaitu pemahaman Salafus Shaleh tidak boleh ditunda-tunda lagi. Wallâhul Muwaffiq.

Dipetik dari:http://majalah-assunnah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=184
 

bicara ilmu88 © 2010

Blogger Templates by Splashy Templates